Sayangku Kapten Mukhriz

Drama ini adalah adaptasi novel Anugerah Terindah karya Sophilea di bawah terbitan Intens. Drama ini bakal menggantikan drama Seindah Takdir Cinta sebelum ini pada slot Akasia. Drama ini dibintangi pelakon Raja Afiq dan Niena Baharun.  Ianya ditayangkan di stesen televisyen swasta Malaysia, TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 6:58 petang.